PESURUHJAYA TINGGI WARGA MELAYU DAN ABJAD MALAYSIA

PESURUHJAYA TINGGI WARGA MELAYU DAN ABJAD MALAYSIA

PERSURUHJAYA WARGA MELAYU ZON SELATAN

PERSURUHJAYA WARGA MELAYU ZON SELATAN

AJK PERHUBUNGAN NEGERI SELANGOR

AJK PERHUBUNGAN NEGERI SELANGOR

SANAD-SANAD GURU

SANAD-SANAD GURU

YANG DIPERTUA ABJAD MALAYSIA AL-FADHIL TUAN GURU USTAZ HJ AHMAD HJ CHE DIN

YANG DIPERTUA ABJAD MALAYSIA AL-FADHIL TUAN GURU USTAZ HJ AHMAD HJ CHE DIN

Ilmu dan amal

PERBEZAAN ANTARA ABJAD DAN TAREKAT

ABJAD bukanlah suatu susunan ilmu dan amalan yang dinamakan tarekat. Ilmu dan amal yang benar itu ialah berasal daripada Nabi SAW yang dipanggil 'fadhail amal' atau 'athar sahabat' sebagai suatu hizib untuk diamalkan bagi MEMPERTEGUHKAN IKATAN DIRI dalam UBUDIYAH dan MINTA TOLONG hanya kepada ALLAH. Hizib ialah suatu susunan ilmu dan amal yang sudah dikenalpasti segera makbul doa dan segera ijabah segala hajat. Kalau diibarat buah kelapa, minyak yang telah nyata daripada buah kelapa yang boleh digunakan untuk sebarang hal itulah ibarat hizib.

Inilah ABJAD iaitu suatu susunan ilmu dan amal yang ada sanad dan untaian sehingga kepada ALLAH dan RASUL serta ada rabitah dan wasilah yang benar yang di dalamnya mengandungi berbagai-bagai hizib untuk diamalkan sebagai amalan lazim atau sunat dengan tujuan memperteguhkan ikatan diri dalam ubudiyah dan minta tolong kepada ALLAH.

Berbeza dengan TAREKAT. TAREKAT ialah suatu susunan wirid tertentu yang bersanad yang diwajibkan beramal ke atas diri ahli tarekat sebagai amalan wajib supaya dapat keluar daripada nafsu-nafsu yang jahat kepada nafsu-nafsu yang baik.

Sanad di dalam tarekat HANYALAH suatu susunan ratib yang diamalkan dan mestilah sampai kepada pengasas empunya susunan ratib tarekat tersebut seperti Sheikh Bahauddin an Naksyabandi bagi Tarekat Naksyabandi atau Sheikh Ahmad Ibnu Idris bagi Tarekat Ahmadiah Idrisiah atau lain-lain yang dinamakan tarekat.


Berbeza dengan sanad ABJAD. Sanad ABJAD ialah sanad ILMU dan AMAL. Iaitu sanad agama ISLAM ROHANI dan JASMANI iaitu Iman, Islam dan Ehsan di atas makna sekeliannya dan juzuk-juzuknya yang dizahirkan rupa itu dengan ucapan DUA KALIMAH SYAHADAH. HENDAKLAH DIFAHAMI perbezaan ini sungguh-sungguh supaya tidak disamakan ABJAD seperti TAREKAT.


ABJAD juga bukan amalan wirid berhikmah seperti selendang merah atau lain-lain nama yang berbentuk sihir, istidraj, silap mata atau syakwazah iaitu amalan yang tidak bersanad yang diterima amalan tersebut daripada ULAMA FASIK, AHLI JAHIL, TOK SAMI, AMBIL DALAM BUKU, TERIMA DALAM MIMPI, SAKA KETURUNAN, JELMAAN JIN dan lain-lain yang mesti dijauhi. AMALAN INI MEMANG BERSYARAT.


Diadaptasikan oleh : Al Yunusi Media

SAMBUTAN AIDILFITRI 2011 26 SYAWAL 1432H




Pena SAMBUTAN AIDILFITRI dari ABJAD/WARGA MELAYU MALAYSIA cawangan SELANGOR.





Pada kali ini sambutan Aidilfitri 2011 pada 25/9/2011 yang dianjurkan oleh ABJAD MALAYSIA dan WARGA MELAYU MALAYSIA Cawangan Selangor,diadakan digelanggang Sg Buloh,Seramai kira-kira 250jemaah berhimpun di gelanggang ini untuk menyambut hari lebaran Umat islam ini.Kami juga tidak terkecuali menyumbang tenaga kerja dan penat lelah kami bagi memastikan sembutan Hari raya kali ini diadakan dengan penuh bermakna Bersama Badal kami Ustaz Yunus dan Tuan Guru kami YDP ABJAD MALAYSIA merangkap MURSYIDUL AM PERTUBUHAN WARGA MELAYU MALAYSIA 2011.
Ceramah Khas yang disampaikan sendiri oleh Tuan Guru,cukup mengamit perasaan kami,apa tidaknya,ianya sedikit sebanyak memberi sedikit perumpamaan tentang apa yang berlaku terhadap nasib umat Melayu Islam di Malaysia sekarang ini.Perlunya ada kesedaran tentang betapa pentingnya bersatu atas nama satu SYARIAT,AKIDAH,AKHLAK, JIhad Binafsih dan BilMal serta mengenal erti sebenar perjuangan Bangsa Melayu itu sendiri berperinsipkan seperti diatas.TIADA YANG DAPAT MEMBEZAKAN PERJUANGan KEDAULATAN AGAMA BANGSA INI melalui Parti politik (tidak kira pemerintah atau pembangkang),pertubuhan,atau apasaja jenis kumpulan yang kononya memperjuangkan islam yang Hakiki.Sekiranya kita tidak berpegang pada 5 perkara di atas.kita mungkin tergolong dari puak-puak yang kalah,seumpama puak AZZAZIL dan puak WAIRILMARGDHU BIL'ALAIHIM.
Itulah sedikit sebanyak Rumusan yang saya dapat secara peribadi dari apa yang disampaikan oleh tuan guru kita pada malam itu.Oleh itu,jangan Biarkan Pepecahan ini berlarutan dikalangan kita,cukuplah sudah kita diperkucar kacir sesama jemaah,cukuplah sudah kita fitnah mengfitnah,tuduh menuduh,khianat mengkhianati,bid'ah membid,ah sesama saudara. Pupukan kembali sifat kasih sayang sesama kita sepertimana kasih sayang kita kepada junjungan besar kita NABI MUHAMMAD S.A.W,serta SAHABAT-SAHABAT baginda dan Pejuang-pejuang ASWJ.Terbitkan kembali sifat bermaaf maafan kita,jauhilah sesama kita dari sengketa politik dalam diri masing samaada unsur peribadi atau berkumpulan.
Diakhirkata,saya sampaikan pesanan Tuan Guru kepada kita semua.
SELAMAT HARI RAYA..
MAAF DIDAHULUKAN..
SEMUA HAJAT DIUTAMAKAN..
KEAMPUNAN DOSA DITUNAIKAN..
KASIH SAYANG DIPUPUK..
Selamat hari raya dari kami warga ABJAD/warga MELAYU gelanggang SG buloh kepada Muslimin dan muslimat serata dunia amnya..
Mohon maaf Zahir dan Batin..



Mesyuarat di Markas Pusat Ukay Perdana.Perbincangan mengenai rancangan sambutan Aidilfiri di Gelanggang Sg Buloh 2 minggu sebelum menjelang.



Seperti menjadi tread mark di gelanggang kami,asal ada program jer,ikan bakar mesti hidang!!! hahaha.


Adalah salah satu hobi kami disini.TANGKAP IKAN!!!! tak kira memancing atau menjaring.IKAN NI UNTUK TOK GURU KITA!!!!kata Saudara Mus kepada kami.


Orang kuat Markas Pandamaran dengan skll potongan bawang yang memukau hehehe.



Badal kami,Al Fadhil Ustaz Yunus,turun bersama kami untuk diberi penghormatan menyembelih 2 ekor kambing yang di booking oleh Markas pusat dan Jemaah Sg buloh 5 hari yang lalu.


Selamat Datang Sahabat!!!!ucapan kami pada tetamu yang hadir.Seronoknya hingga berdiri pun senget benget.


Antara tetamu terawal yang tiba.Biro Penasihat AJK gelanggang kami,Prof Roslan.


Angkatan jemaah ABJAD nilai turut hadir memeriahkan lagi suasana.Terima kasih Sahabat-sahabat semua!!!



KOLEKSI GAMBAR SEMPENA LAWATAN YANG DIPERTUA ABJAD MALAYSIA DI MARKAS SG BULOH 29/1/2010-13 Safar 1431H



Kami Amat TERHARU,itulah yang terluah di hati kami setelah mendapat berita daripada Markas pusat ABJAD SELANGOR berkenaan tentang keinginan YDP ABJAD MALAYSIA Tuan guru Ustaz Hj Ahmad Che Din dan Naib YDP Al-fadhil ustaz Idris untuk berkunjung ke Gelanggang kami yang serba kekurangan ini pada 29/1/2010 iaitu 13/Safar/1431H.

Berita ini di sampaikan sendiri oleh Al-Fadhil Ustaz Yunus pada mesyuarat AJK-AHK gelanggang yang lepas seminggu sebelum sessi lawatan yang DiPertua kesini.Apatah lagi Ianya adalah yang pertama kalinya lawatan YDP kesini untuk tahun 2010/1431H ini.

Rata-rata Jemaah Abjad Selangor daripada AJK-AJK markas masing-masing berduyun-duyun keluar meninggalkan kawasan mereka menuju ke Markas Merbau Sempak(Gelanggang Sg Buloh)bagi membantu kami yang memang dah tak menang tangan dah ni.Jemaah yang hadir membantu terutamanya dari markas Pandamaran,Padang Jawa,Kayu Ara,Gombak,Tg Karang,Bkt Kuda,AJK-AJK Markas pusat Ukay Perdana temasuk AJK markas NILAI juga tidak ketinggalan.

Ada juga yang keliru dan terperanjat sehinggakan ada diantara kami tertanya-tanya Eh,Betul ke,Ustaz Ahmad datang kesini? persoalan telah pun terjawab....Betul!!! Ustaz Ahmad memang singgah sini dengan Ustaz Idris.Masuk ini je dah tiga kali Ustaz Ahmad Mai sini,Kamu masih tak percaya lagi ke?.Semua di antara kami terpinga-pinga setelah mendengar penjelasan tadi,Mana tidaknya lawatan Ustaz Ahmad dianggap sebagai tiba-tiba dan spontan tidak seperti pada tahun-tahun yang lepas,Hanya bila ada program tertentu seperti BUANG SAKA atau Tazkirah diadakan,barulah Ustaz Ahmad hadir di galanggang kami.

Lawatan tersebut diselang selikan dengan ceramah dan syarahan khas daripada. ustaz Ahmad dan dan ustaz Idris pada malam itu yang menyentuh rapat berkaitan isu-isu semasa yang terjadi disekeliling kita, baru-baru ini.Seramai kira-kira lebih 250 jemaah yang hadir pada malam tersebut.

Bagi kami ini adalah suatu tanda dan galakan daripada YDP dan timbalan YDP yang telah berjaya menyuburkan rasa cinta dan kasih kami kepadanya sebagaimana cinta dan kasih kami kepada ALLAH dan Rasul-rasulnya.Beliau juga telah berjaya membakar semangat kami menjadi sebenar-benarnya ANNAMUKMININAL HAQQAH yang berjuang dijalan yang mulia ini serta memupuk perasaan penyayang dikalangan Ahli-ahli disini. Moga Allah meRahmati perjuangan kita semua .Ingatlah! Sekiranya sekali lagi kesucian Kalimah Allah diancam....kita mampu menghistiharkan perang, Allah huAkhbar!!!!Pesan Tok guru kepada semua. BISMILLAH-MASYA ALLAH-ALLAH HUAKHBAR












































MESYUARAT AJK-AJK GELANGANG KALI PERTAMA SESI 2010/1431H




Khamis- 21/1/2010 bersamaan 5 Syafar 1431H,Buat pertama kalinya Ajk-ajk gelanggang Abjad seluruh Selangor dan Lembah Klang di undang bagi menghadiri sessi Mesyuarat Bulanan 2010 untuk pertama kalinya pada tahun ini di Gelanggang Sg Buloh.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ustaz Shaari ini,Adalah untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan di Gelanggang masing-masing sepanjang tahun ini.Mesyuarat tersebut turut mengupas kepelbagaian masalah-masalah yang dihadapi oleh gelanggang masing-masing dan penyelesaianya.

Termasuk juga perbincangan bagi pencalonan dan pelantikan AJK yang baru sessi 2010 kerana sudah begitu lama carta organisasi gelanggang Abjad Selangor tidak di kemaskini sejak tahun 2008 lagi.

Perlantikan organisasi ini penting,memandangkan jumlah anggota jemaah meningkat sedikit demi sedikit pada tahun-tahun berikutnya dan pembukaan gelanggang-gelanggang baru pada masa akan datang,Ia semestinya memerlukan satu badan pengurusan sendiri bagi memudah dan meringankan sedikit sebanyak peranan Abjad pusat terutama berkaitan dengan aktiviti dan pengurusan silat di samping dapat melicinkan lagi perjalanan agenda-agenda Pertubuhan ini di masa akan datang.

Perlantikan ini berdasarkan daripada tahap komitmen seorang AJk dalam menjalankan tugas-tugas yang bakal diberikan,Oleh itu pemilihan kali ini haruslah berketepatan dengan tugasnya dan tidak boleh lagi diibaratkan Tangkap Muat.Senarai nama-nama pelantikan Ajk-Ajk baru ini akan dicartakan dibawah organisasi Abjad Selangor-Gelanggang Sg Buloh iaitu sebagai gelanggang pusat negeri Selangor bagi tahun 2010 manakala salinan nama-nama Ajk-ajk ini akan di serahkan kepada Al Fadhil Ustaz Yunus di Markas Abjad Pusat Negeri Selangor Ukay Perdana.

Moga-moga Ajk-ajk yang baru dilantik ini,akan diberi peluang untuk memberi Idea,pendapat,teguran, pandangan,tanggung jawab dan komitmen dalam bersama-sama merealisasikan Objektif dan halatuju gelanggang-galanggang di setiap pertubuhan Abjad seluruh Selangor dan Lembah Kelang pada tahun ini.Serta tidak hanya menumpukan komitmen kepada aktiviti gelanggang tempat tertentu semata-mata tanpa mempedulikan aktiviti di gelanggang yang lainnya.InsyaAllah.









Senarai nama yang hadir bagi Menyuarat Gelanggang-gelanggang kali Pertama 2010.

bil Nama Gelanggang
1- Mudzarffar Rahim -Sg Buloh
2- Ustaz Shaari -Sg Buloh
3- Muhammad Shaaruf -Sg Buloh
4- Saiful Bahri -Pandamaran
5- Haziz Razali -Pandamaran
6- Norhisyam -Pandamaran
7- Sulaiman -Pandamaran
8- Hamidi Hamdi -P.jawa
9- Hazizi Anuar -Gombak
10- Zakir Zakaria -Sg Buloh
11- Mokthi Abu Bakar -P.jawa
12- Adi Rahman -Sg Buloh
13- Muhammad Tamran -Subang
14- Muhd Hazri Hassan-Subang
15- Syukri Amir -Subang
16- Azam -Ipoh
17- Zaki Hasyim -Subang
18- Ridzuan Tamran -Subang
19- Sani Md Long -Tg Karang
20- Muhd Sirajuddin -Gombak
21- Muhd Naufal -Gombak
22- Muhd Hazim -Gombak
23- Ismail Alif -Bkt Kuda
24- Hafizi Jamil -Sg Buloh
25- Azman Hamzah -Tg Karang
26- Mudzary Rahim -Sg Buloh
27- Mudzarshah -Sg Buloh
28- Mohd Zahid -Kayu Ara

Ancaman fahaman-fahaman Asing Terhadap Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم

نحمده ونصلى على رسوله الكريم

Nota Perbincangan Berhubung:

Ancaman fahaman-fahaman Asing Terhadap Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Malaysia

Oleh:

Al-faqir ila’Llah Muhammad ‘Uthman El-Muhammady

[23 April 2011 – Sabtu]

Bahagian I:

Beberapa Fahaman dan Aliran Yang Menyeleweng Dari Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Bahagian II:

Cabaran-cabaran Terhadap Ahli Sunnah Wal-Jamaah Yang Timbul Daripada Aliran-Aliran Yang Menyeleweng Daripadanya dan Jalan Ke Hadapan

__________________________________________________________________

Bahagian I:

Beberapa Fahaman dan Aliran Yang Menyeleweng Dari Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

A. Tujuan perbincangan ini ialah

1. Untuk memberi huraian ringkas berkenaan dengan ajaran Islam Ahli Sunnah wal-Jamaah yang merupakan ajaran arusperdana Islam semenjak mula-mulanya hingga sekarang.

2. Memahami beberapa aliran dan aspek fahaman yang menyeleweng dari aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

3. Mengenali cabaran-cabaran yang timbul daripada aliran-aliran ini.

4. Tindakan kita untuk terus jalan ke hadapan.

B. Apakah itu Ahli Sunnah wal-Jamaah

1. Ianya adalah ajaran dari zaman Islam Rasulullah dan para sahabat serta mereka yang diakui sebagai contoh hidup keagamaan zaman tiga abad pertama sejarah Islam

2. Mereka mengikut Quran, Sunnah Nabi, ijma’ atau persepakatan para ulama yang mampu membuat keputusan tentang hukum agama terus daripada Quran dan hadith Nabi dengan cara yang betul (dalam istilah ilmu Islam mereka disebut mujtahidin, ramai, kalau seorang mujtahid).

3. Dalam perkara iman dan keyakinan; mereka mengikut mazhab Imam al-Asy’ari dan Maturidi.

4. Dalam perkara-perkara hukum; mereka mengikut imam-imam mujtahid tersebut seperti di Dunia Melayu mereka mengikut Imam Syafie, di Pakistan dan India mereka mengikut Imam Hanafi, di Afrika Utara dan Andalusia zaman dulu mereka mengikut mazhab Maliki, mereka yang di Semenanjung Arab mengikut Imam Hambali.

5. Dalam perkara-perkara berkenaan dengan membentuk hati dan akhlak yang baik mereka mengikut Imam Ghazali, termasuk Imam Junaid Baghdadi dan Imam Qusyairi.

C. Ajaran dan amalan Ahli Sunnah

1. Ianya berupa majoriti terbesar Muslimin di dunia hingga ke hari ini

2. Yang mengikut aliran-aliran perpinggiran seperti Syiah dan Muktazilah dan lainnya, sedikit sekali.

3. Kita boleh katakan Islam di Madinah, Damasyiq, Baghdad, Andalusia, Afrika Utara, Benua-kecil Indo-Pakistan, Dunia Melayu, semuanya Ahli Sunnah wal-Jamaah.

4. Dunia telah mengenal Islam dalam Ahli Sunnah ini, bukan yang lain; yang lain adalah golongan minoriti yang kecil.

5. Inilah ajaran dan amalan yang dijamin oleh Allah dan Rasul dan para imam mujtahidin dan ulama Ahli Sunnah. Berbahagialah mereka yang terus hidup dalam Ahli Sunnah, amin.

D. Aliran-aliran fahaman yang bercanggah:

Di akhir-akhir ini Islam menurut ajaran dan amalan Ahli Sunnah tercabar dengan berkembangnya aliran-aliran fahaman yang bercanggah dengannya. Antara fahaman-fahaman dan aliran berfikir itu ialah seperti berikut:

1. Aliran Syiah

2. Aliran tidak ikut mazhab; pakai faham agama cara bersendiri atau mengikut pengarang seperti Al-Bani

3. Aliran mengikut Muhammad bin Abdul Wahhab (yang mengikutnya Albani)

4. Aliran Islam liberal

5. Aliran pluralisme (bahawa semua agama sama, sama-sama membawa kepada syurga [Islam, Kristian, Hindu, Buddha, dan lain-lain, aliran Shinto, semuanya sama, membawa ke syurga]).

6. Aliran sekularisme

a. Aliran Syiah:

Antara ajaran-ajarannya:

1. tentang imam-imam yang maksum tidak berdosa langsung,

2. para sahabat Nabi s.a.w. menjadi murtad habis selepas wafat baginda, melainkan yang tinggal hanya 3 orang atau 7 orang sahaja, yang lain habis kafir murtad. Dijauhkan Allah.

3. Mereka ada Qur’an Mushaf Fatimah katanya, mereka beramal dengan taqiyyah atau kepura-puraan (dissimulation), mereka mengamalkan kahwin mut’ah, sehingga dengan isteri orang pun boleh berkahwin mut’ah kata Khomeini dalam kitabnya Tahrir al-Wasilah jilid 2.

4. Mereka percaya kepada raj’ah, yakni sebelum kiamat berlaku, manusia akan hidup semula dan imam Mahdi Syiah bernama Muhammad bin Hasan al-Askari akan menghukum mereka yang tidak mengambil Ali sebagai imam. Bila semua telah dihukum baharulah semuanya mati semula dan lepas itu baru berdiri kiamat.

b. Aliran tidak pakai mazhab:

1. Mengajarkan mengikut mazhab bidaah, nabi tidak buat, semua mesti mengikut Quran dan hadith, lagi pula sekarang sudah senang kerana Quran dan hadith ada terjemahan; kita boleh buat keputusan sendiri tak perlu ikut siapa-siapa;

2. Kita hanya wajib ikut Rasulullah; dia maksum orang lain tidak maksum.

3. Kalau ikut mazhab boleh membawa kepada syirik dan kufur sebab ibaratnya seperti ‘beribadat’ kepada mereka (ibadadatul-ahbar wa ‘r-rahban) (عبادة الاحبار والرهبان).yakni seperti menyembah orang alim, menyembah orang soleh.

c. Aliran Wahhabiah:

1. Mengajarkan jangan mengikut mazhab, ikut sahaja pengarang seperti Nasir al-Bani, Abu Aminah Bilal Philips, Abdul Aziz bin Baz, Uthaimin dan yang seperti mereka.

2. Qunut adalah bidaah, demikian pula bidaah membaca Ya Sin malam Jumaat, membuat tahlil arwah, mengadakan majlis maulid, membaca talkin bila orang mati, membuat tahlil arwah, membaca wirid ramai-ramai selepas sembahyang, kemudian mengaminkan doa imam beramai-ramai, mengaji tasawwuf bidaah dan sesat, demikiian seterusnya. Dan bila orang membuat bidaah-bidaah seperti ini mereka masuk neraka. Dijauhkan Allah.

3. Dulu dipanggil kaum muda sekarang dipanggil salafi.

4. Mana-mana tempat ada fahaman ini ada berlaku perkelahian bahkan tumbuk menumbuk. Bahkan bila teruk berlaku bunuh membunuh.

Lihat kenyataan Syeikh Al-Azhar:

(الاثنين 04 ابريل 2011

مصرحًا بأن عقيدته أشعرية صوفية.. شيخ الأزهر يصف السلفيين بالخوارج

مفكرة الاسلام: أقر الدكتور أحمد الطيب شيخ الأزهر أن عقيدة الأزهر الشريف هى عقيدة الأشعرى والماتريدى وفقه الأئمة الأربعة وتصوف الإمام الجنيد.

[Dr Ahmad al-Tayyib menegaskan bahawa akidah al-Azhar yang mulia adalah akidah Imam Asyari dan al-Maturidi, fiqhnya ialah fiqh imam empat mazhab, dan tasawwufnya adalah tasawwuf imam al-Junaid]

وفي هجوم جديد على الإسلاميين ادعى الدكتور الطيب أن من أسماهم “السلفيين الجدد” هم خوارج العصر، محذرًا من وجود مخطط لاختطاف الفكر والمنهج الأزهرى الوسطى المعتدل الذى حافظ الأزهر عليه لأكثر من ألف عام.

[Dalam satu serangan baru ke atas setengah golongan Islam (yang bercanggah dengan al-Azhar) Dr Al-Tayyib mendakwa bahawa mereka yang menamakan diri mereka itu ‘Golongan Salafi yang “Strict”/Ketat) mereka itu adalah Khawarij zaman ini, serta dengan beliau memberi peringatan tentang adanya langkah-langkah untuk merosakkan/memusnahkan pemikiran mengikut kaedah al-Azhar yang menengah dan seimbang yang al-Azhar menjaganya selama lebih daripada seribu tahun]

وبدون أن يقدّم دليلاً اتهم الدكتور أحمد الطيب السلفيين في الهجوم على الأضرحة وما يسمى “مقامات الأولياء”، وقال وفق صحيفة “الأهرام”: “هذا العمل يخالف صحيح الإسلام

وأن الازهر سيبقى أشعرى المذهب ومحافظًا على الفكر الصوفى الصحيح الذى انتمى إليه عشرات من شيوخ الأزهر على مدى تاريخه“.

…Dan al-Azhar akan kekal dengan mazhab al-Asy’ari dan menjaga pemikiran sufi yang sohih yang yang dinisbahkan kepadanya berpuluh-puluh daripada syaikh-syaikh Azhar dalam perjalanan sejarahnya

أنصار الطائفة الخلوتية يدعمون شيخ الأزهر

الجدير بالذكر أن أنصار الطائفة الخلوتية التي يترأسها شيخ الأزهر الدكتور أحمد الطيب كانت قد نظمت تظاهرة كبيرة تم الحشد لها من جميع المحافظات، رددت فيها الشعارات المشهور تداولها في النظام السابق: بالروح بالدم نفديك يا إمام !! وهو ما أعاد إلى الواجهة واقعة الجمل الشهيرة إبان الثورة التي حاول النظام السابق فيها إظهار وجود أنصار له ترفض تنحيته أو رحيله

!!

جاء هذا التحرك بعد أن قام بضعة آلاف من أساتذة جامعة الأزهر ومشايخ وأئمة المساجد بمشيخة الأزهر على مدار الأيام السابقة بمظاهرة حاشدة مطالبين الإمام الأكبر ومفتي الديار المصرية بالقيام بدور فعلي في إصلاح الأزهر الشريف بعد أن تعرضت هذه المؤسسة للخذلان والتخريب في ظل النظام السابق وفي ظل الدور المتخاذل والضعيف الذي كانت تقوم به المشيخة في ذلك العهد

.

وتضمنت هذه المطالب أن يتم تشكيل هيئة كبار العلماء وفق ضوابط محددة بعيدًا عن الانتقائية والطائفية وأن يكون اختيار كل من شيخ الأزهر ومفتي الديار بالانتخاب، إضافة إلى رئيس الجامعة وعمداء الكليات

.

وندد آلاف المتظاهرين بما أسموه الموقف الشائن والمخذل للثورة الذي قام به كل من فضيلة شيخ الأزهر وفضيلة مفتي الديار المصرية ؛ حيث صدرت فتاوى رسمية تدعو إلى جواز ترك صلاة الجمعة والصلاة في البيوت فيما اعتبره الثوار محاولة لإفشال الدعوة إلى التظاهرات المليونية، واعتبروه نوعا من التمالؤ والتواطوء مع النظام الفاسد ضد الثورة.

ثوار التحرير يطالبون بإقالة شيخ الأزهر

وكان أعضاء المجلس الأعلى للأزهر قد شاركوا في المظاهرة الحاشدة التي شهدها ميدان التحرير بوسط القاهرة الجمعة، للمطالبة بإقصاء رموز النظام السابق، ومحاكمة المتهمين بالفساد

.

وذكرت مصادر مطلعة أن المتظاهرين طالبوا بإقالة الدكتور أحمد الطيب شيخ الأزهر بعد أن اتهموه بالتعسف ضد العاملين والموظفين بالمشيخة، واتهموا أتباعه بأنهم قاموا بالتعدي عليهم الأربعاء الماضي وقاموا بتحرير محضر ضده بقسم الجمالية مطالبين بتطهير الأزهر من فلول النظام السابق.

http://www.islammemo.cc/hadath-el-sa…04/120663.html

d. Islam Liberal:

1. Fahaman ini mengajarkan tidak ada hukum Allah, tetapi yang ada ialah budaya

2. Kita tidak wajib mengikut fiqh klasik sebab itu adalah pemikiran manusia zaman dulu

3. Semua agama membawa kebenaran

4. Wahyu tidak putus, wahyu masih ada, orang yang menulis dalam surat khabarpun mendapat wahyu, wahyu dalam erti fikiran; yang tidak ada hanya wahyu verbal, yang ada pada orang menulis pada surat khabar adalah wahyu ‘non-verbal’.

5. Orang Islam berkahwin boleh dengan orang yang beragama lain; itu disebut perkahwinan lintas agama.

6. Lihat laman web ‘JIL;-jaringan Liberal Islam’ akan didapati banyak maklumat-maklumat pelik yang membawa kepada kekufuran. Dijauhkan Allah.

e. Aliran sekuklarisme:

Cara berfikir dan bertindak yang mengecualikan secara total agama dari semua ruang awam tanpa kecuali (lihat takrif sekluarisme oleh George Holyoake).

f. Aliran pluralisme agama:

1. Aliran ini mengatakan bahawa semua agama sama, sama benar, semuanya membawa kepada syurga;

2. Orang Islam tidak boleh mengaku ia mempunyai kebenaran, sebab semuanya benar. Maha suci Allah.

3. Kalau demikian apa gunanya Nabi s.a.w. datang dan membuat pembetulan atas agama Kristian dan Yahudi di zamannya?

4. Apa ertinya tokoh-tokoh seperti al-Ghazali membela kebenaran Islam berdepan dengan ajaran-ajaran yang tidak benar?

5. Apa ertinya Solah a-Din al-Ayyubi berjihad masa Perang Salib kalau semuanya benar membawa ke syurga? Maha suci Allah.

Kesimpulannya kita mesti kekal dalam agama Islam mengikut Ahlissunnah wal-Jamaah sebab itu yang menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat; itulah yang menjadi pegangan ulil-amri negeri ini bermula daripada Agung sampai kepada rakyat jelata. Amin.

E. Beberapa Persoalan:

i. Tentang Berimamkan Orang Dalam Sembahyang

1. Kalau kita mengetahui orang itu jatuh ke dalam kekufuran kerana percakapannya, atau perbuatannya, atau iktikadnya yang dia beritahu kepada kita, kita tidak boleh berimamkannya.

2. Kalau tidak jatuh ke dalam kekufuran tetapi ke dalam maksiat, masih kita sah berimamkan dia dalam sembahyang, walaupun yang afdhalnya kita berimamkan orang yang soleh.

ii. Tentang fahaman yang mengatakan amalan Islam tinggal di rumah di tempat kerja kita tidak bawa Islam. Islam hanya di rumah.

Kita mesti beramal dengan agama kita di mana kita berada; sebab Allah melihat di mana kita berada. Lagi pula Islam adalah cara hidup yang lengkap, bukan berbicara tentang sembahyang dan puasa dan terhenti setakat itu sahaja.

iii. Tentang soalan apakah yang perlu dilakukan selepas mendengar ceramah dan penerangan seperti ini.

1. Selepas mendengar ceramah dan faham hendaklah beramal dengan apa yang didengar, bermula dengan perkara-perkara yang wajib dahulu, dan mengelak daripada perkara yang dilarang, seperti mulai dengan sembahyang, puasa Ramadhan, membayar zakat, dan seterusnya.

2. Mesti mengawal diri sabar meninggalkan perbuatan yang ditegah; mesti meninggalkan ajaran yang salah dan bertaubat seperti ia berkata “ya Allah aku bertaubat daripada berpegang kepada i’tikad yang mengatakan sabahat-sahabat kafir dan aku mengucap ‘ashhadu alla ilaha illah…

iv. Soalan tentang bagaimana caranya fahaman-fahaman yang bercanggah dengan Ahli Sunnah itu menyusup masuk ke dalam masyarakat Islam

Fahaman itu boleh masuk melalui mendengar ceramah ilmu sesat itu daripada orangnya, atau kerana terpengaruh dengan bacaan tentang ilmu itu, atau melalui pengaruh kawan-kawan; ataupun mungkin kerana diumpankan dengan wang, maka orang yang terumpan terhutang budi; atau ditawarkan peluang berkerja, atau ditawarkan peluang melanjutkan pengajian diberi biasiswa ditanggung (seperti yang dibuat oleh Syiah dan Wahhabi, bahkan Amerika).

v. Soalan tentang Interfaith Council atau Suruhanjaya Antara Agama-agama

1. Interfaith Council (IFC) atau Suruhanjaya Antara Agama-agama kalau dibiarkan ada dan berjalan, ia membawa kepada meletakkan agama Islam setara dengan sistem-sistem kepercayaan lain, dan dengan itu ia berlawanan dengan Quran, Sunnah dan ijma’.

2. Dalam Negara ini tidak mungkin sebab hanya Islam agama persekutuan, yang lain-lain diberi kebebasan diamalkan dalam aman dan sejahtera (in peace and security) jangan dengan cara yang tidak damai dan tidak sejahtera.

vi. Soalan berkenaan bagaimana fahaman-fahaman yang menyeleweng itu membahayakan keselamatan Negara.

1. Tentang fahaman yang menyeleweng dan bahaya kepada keselamatan Negara: kalau fahaman itu seperti Wahhabiah, maka dalam Wahhabiah ada fahaman yang menganggap negeri orang Islam sebagai negeri syirik, kerana mengamalkan demokrasi;

2. Kerana demokrasi, kata mereka, mengambil alih kuasa Tuhan membuat peraturan, maka syirik itu; dengan itu mereka anggap boleh berontak menentang kerajaan;

3. Lihat bagaimana mereka memberontak menentang kerajaan Uthmaniah Turki; atau mereka boleh kata: negera sekular, bukan Islamik, kita berontak, walhal dalam Ahli Sunnah haram menentang ulil-amri kecuali ulil-amri itu kafir dengan nyata seperti ia menyembah berhala, atau membatalkan hukum Islam, seperti membatalkan puasa kerana katanya merugikan tenaga kerja, mengurangkan produksi negara; atau membatalkan haji kerana rugi tukaran asing (foreign exchange); kalau tidak, haram menentangnya;

4. Kalau hendak diberi pendapat yang berguna, ianya, secara al-din al-nasihah yakni agama adalah nasihat yang ikhlas dan berguna, atau agama adalah keceriaan murni yang gigih (active attitude of sincere concern) itu dengan mengikut saluran yang betul. Demikian seterusnya.

5. Kalau Wahhabi yang demikian tentu berbahaya atas keselamatan Negara; demikian juga Syiah, sebab dalam ajaran mereka negara yang sah hanya negara di bawah Imam Maksum, yang lain tidak; dan fahaman itu boleh membawa kepada pemberontakan; bila pemerintah mengeluarkan arahan tidak didengarnya.

vii. Soalan bagaimana cara tindakan yang perlu diambil kalau kaum kerabat sendiri terlibat dalam ajaran menyeleweng daripada Ahli Sunnah

Kalau kita camkan benar-benar sahih ia beramal dengan ilmu yang salah;

1. Kita perlu cari orang yang ada ilmu untuk membawanya ke jalan yang lurus dengan cara yang lemah lembut dan nasihat yang memikat hati,

2. Atau kita berikan kepadanya buku yang memberi penerangan yang betul tentang perkara-perkara yang membawanya kepada kesesatan;

3. Atau kita cuba selesaikan perkara itu dalam kalangan keluarga dahulu; kalau tidak ada jalan barulah kita meminta pertolongan orang yang bukan keluarga;

4. Kalau ia degil kita akhirnya terpaksa laporkan kepada pihak jabatan agama. Itu kalau tidak ada jalan lain lagi.

viii. Soalan tentang bagaimana cara mengecam yang orang-orang itu beramal dengan ajaran yang menyeleweng, cara mengenalnya.

Kalau Syiah kita boleh cam:

1. ia sembahyang sujud atas tanah atau batu yang dibawanya; atau bila ia memberi salam dalam sembahyang dia menepuk-nepuk pahanya;

2. atau dia suka mencela sahabat nabi, seperti Abu Bakar, Umar dan Aisyah – Allah meredhai mereka semua.

3. Atau ia tambah dalam azan ‘wa ashhahu anna Ali waliyullah’ , ertinya aku menyaksikan bahawa Ali waliyullah, atau ia kata hayya ala khairil-amal, marilah kepada amalan yang sehabis baik, sebagai gantihayya alal-solah, dan lain-lain di bawah akidah; atau ia bercakap tentang kahwin mutaah dan fadhilat-fadhilatnya mengikut ajaran Syiah walhal ia haram mengikut ijma’;

4. atau ia jamak Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isya’ walaupun bukan kerana musafir atau sakit atau kerana sebab-sebab lain.

ix. Soalan berkenaan dengan bergaul dengan mereka yang mengamalkan ajaran-ajaran seumpama itu, adakah kita menjauhi mereka?

1. Kalau kita bergaul dengan mereka kita boleh mempengaruhi mereka ke jalan yang baik, kerana kita ada pengetahuan dan amalan yang teguh, kita boleh bergaul;

2. Kalau merasa diri agak lemah, dan orang yang berkenaan kuat, berpengaruh, pandai mempengaruhi orang dan kita tidak mampu menepis pengaruhnya, kita elak daripada bergaul dengannya;

3. Kita bergaul dengan orang yang kuat membawa kita kepada kebaikan.

Bahagian II:

Cabaran-cabaran Terhadap Ahli Sunnah Wal-Jamaah Yang Timbul Daripada Aliran-Aliran Yang Menyeleweng Daripadanya dan Jalan Ke Hadapan

Cabaran-cabaran yang timbul daripada aliran-aliran yang bukan daripada Ahli Sunnah itu adalah seperti berikut:

A. Cabaran dari Syiah

1. Cabaran akidah

o Cabaran akidah kerana ia mengajar tentang Imam maksum yang lebih daripada Nabi dan rasul (melainkan nabi Muhammad salla’Llahu alía wa sallam)

o Kerana ia mengajar tentang ada Quran Siti Fatimah (Mushaf Fatimah)

o Kerana akidah sahabat menjadi kafir selepas wafat Rasulullah

o Kerana akidah raj’ah

o Kerana menganggap orang Ahli Sunnah kafir

2. Cabaran syariat daripadanya – kerana ajaran tentang kahwin mutaah

3. Cabaran hidup akhlak – kerana sikap menghina orang Ahlisunnah, kata mereka orang Ahlisunnah nawasib (نواصب) ertinya yang paling hina dalam dunia harus dibunuh

4. Cabaran terhadap keselamatan negara dan masyarakat-kerana anggapan mereka kerajaan tidak sah de jure, yang sah kerajaan Syiah di bawah imam maksum (Syariah superstate under the infallible imam)

B. Cabaran daripada aliran tidak mengikut mazhab

1. Cabaran akidah

o Sebab kecelaruan akidah yang tidak dipandu oleh akidah Ahli Sunnah, dibimbangi mereka memahami ayat-ayat Quran dan hadith yang mutasyabihat mengikut zahir lafaznya

o Menuduh orang lain kafir kerana menolak sifat Tuhan cara mereka fahami secara literal – menolak sifat dua puluh yang diterima ijma’ ulama dalam Ahlisunnah.

2. Cabaran Syariat – berlaku kecelaruan mengikut syariat dan memahaminya sebab mereka memahami sendiri ayat-ayatnya walhal pengetahuan sebagaimana yang diajar dalam Ahli Sunnah kekurangan, tetapi mereka sangat berani memberi pendapat (ada kisah berkenaan orang yang menuduh ulama dulu tidak ‘educated’ ‘they just wrote down what they heard’ kemudian bila dia ditanya tentang erti hadith, satunya yang menyatakan Nabi s.a.w. sembahyang sunat lepas Asar, satunya yang melarang sembahyang sunat selepas sembahyang Asar, akhirnya ia berkata ‘saudara ini complicated, I don’t know)

3. Cabaran kemasyarakat – berlaku kekeliruan dalam hidup masyarakat sebab kurang panduan yang mengikut tertib dan disiplin, masing-masing membawa penafsiran sendiri, membuat hukum sendiri; sebelum mufti bersidang dia sudah berfatwa konon seperti hendak ‘jump the gun’.

C. Cabaran cabaran hidup ilmiah

Kekacauan dalam hidup ilmiah tentang Islam sebab metodologi ilmu Ahli Sunnah tidak diikut.

D. Cabaran dari aliran Wahhabiah

1. Cabaran akidah

o Akidah rosak menjadi mujjassimah – Tuhan berjisim

o Menjadi musyabbihah-menyamakan Tuhan dengan makhluk

o Boleh membawa kepada kekufuran kerana itu (dijauhkan Allah)

o Menuduh orang bertawassul sebagai kafir, kata mereka menyeru kepada orang yang sudah mati.

2. Cabaran Syariat

o Berlaku kekeliruan yang tidak menentu dalam memahami syariat sebab tidak ada panduan metodologi yang tersusun rapi

o Membawa kepada perpecahan dan perkelahian sebagaimana yang boleh disaksikan

o Tidak taat kepada ulil-amri

3. Cabaran akhlak-akhlak: mereka yang mengikut aliran ini biasanya kasar-bahasa yang digunakan iala bahasa kafir-Islam, bahasa sunnah-bidaah, bahasa negara kafir-negara Islam, bahasa salafi-bukan salafi, perang mengkafirkan dan membidaahkan orang, dan perang menggunakan kekerasan (seperti bertumbuk).

4. Cabaran hidup kerohanian

5.

o Bahaya kepada hidup rohaniah

o Mereka menolak tasawwuf bahkan mengkafirkan orang tasawwuf

o Mengkafirkan ibn Arabi

o Menuduh orang tasawuf berakidah kufur kerana hulul (menganggap Tuhan berada dalam diri manusia)

o Menuduh orang tasawwuf berakidah wahdatul-wujud yang mereka faham bererti makhluk adalah Tuhan

o Menuduh orang tasawwuf tidak taat kepada syariat dan sunnah sebab semua Tuhan

o Sebab itu golongan ini kasar akhlak dan adabnya, bahasanya juga biasanya kasar seperti bahasa yang digunakan oleh Nasir al-Din al-Albani dan Syeikh Uthaimin dan yang seperti mereka.

o Cabaran keselamatan negara dan masyarakat

6. Cabaran dalam perkembangan budaya-cabaran budaya yang membawa kepada mentaliti hitam-putih, menolak pemikiran yang bersifat falsafah kerana ini disangka bidaah dhalalah/sesat semua sekali, bukan dari ajaran nabi

E. Cabaran daripada Islam Liberal:

1. Cabaran akidah – konsep wahyu Qur’an ditambah dengan wahyu yang non-verbal katanya.

2. Cabaran Syariat-tidak ada hukum Tuhan kata mereka, yang ada budaya, kita mesti fikir sendiri undang-undang, tidak tertaaluk lepada fikah dan usul al-din.

3. Cabaran hidup rohaniah: cabaran tidak patuh kepada peraturan Syarak-membawa kepada ibadat tidak sah, perkahwinan tidak sah, dan pembahagian harta pesaka tidak sah.

4. Cabaran akhlak: akhlak golongan liberal longgar sebab ajaran akhlak yang murni sebagaimana yang ada dalam Quran dan Sunnah hilang kesannya atas orang ramai-dibimbangi kemerosotan akhlak yang parah, membawa kepada kerosakan peribadi, rumahtangga dan masyarakat.

5. Cabaran kerukunan masyarakat dan negara: ekoran daripada perkara di atas keselamatan negara dalam bahaya kalau orang ramai berpegang kepada aliran ini. Hidup keluarga dan masyarakat tidak tersusun dan damai serta teratur; berlaku kekeliruan nilai dan tindakan yang tidak seragam. Bagi Islam dalam Malaysia ia paling berbahaya, sebab negara yang berbilang kaum, bila Muslim yang majoriti terpecah kerana aliran liberal ia membawa implikasi yang paling membimbangkan masa depannya.

6. Cabaran keselamatan negara.

7. Cabaran hidup bertamadun dan budaya-hidup budaya bercelaru tanpa panduan yang tetap. Timbul kekacauan dalam memahami hukum dan moral.

F.

Cabaran aliran sekularisme:

1. Cabaran akidah: cabaran kekufuran kerana menolak agama dan ajaran agama dalam ruang awam – tetapi yang berlaku di Malaysia bukan sekularisme Barat totok sebab agama ada dalam ruang awam.

2. Hanya agama banyak yang perlu diusahakan dalam ruang awam supaya berjaya, walaupun banyak yang sudah berjaya diusahakan seperti dalam kewangan dan undang-undang serta pendidikan.

G. Cabaran aliran Pluralisme agama:

1. Cabaran akidah sebab ia bercanggah dengan Quran tentang kedatangan Islam memansukhkan syariat-syariat lain.

2. Cabaran menolak kebenaran Islam yang mutlak.

3. Cabaran Syariat: Penghayatan Syariat Islam tidak menjadi kewajipan yang ditanggung dengan serius sebab ada lagi yang yang benar bukan ia sahaja –maka kesetiaan kepada syara’ terjejas.

4. Cabaran akhlak: -Akhlak Islam menjadi longgar – ini boleh diperhatikan daripada perkembangan moral yang longgar di kalangan golongan pluralis (apa lagi bila ia bergabung dengan golongan feminis Barat yang mengikut falsafah pascamodernisme).

5. Cabaran keselamatan negara: bila orang terpengaruh dengan pluralisme agama, maka kesetiaan kepada agama Islam yang menjadi negara persekutuan sudah menjadi tugas yang ditanggung, menjadi ringan, kesetiaan kepada ulil-amri yang diajar dalam Islam terjejas, dengan itu terjejas keselamatan negara.

Jalan Ke Hadapan

1. Perlu diberi pendedahan yang memadai dan berkesan tentang Ahli Sunnah kepada semua peringkat ahli masyarakat.

2. Pendedahan tentang kemestian mengikut Ahli Sunnah dan hujah-hujahnya serta kebaikan-kebaikannya.

3. Juga bahaya kalau tidak mengikutnya.

4. Bahaya-bahaya yang terkandung dalam aliran-aliran pemikiran lain dalam negara.

5. Jawapan-jawapan terhadap persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh aliran-aliran yang menyeleweng perlu didedahkan kepada semua peringkat masyarakat.

6. Golongan agama mesti bersatu padu dalam memberi penerangan kepada orang ramai dan jangan menangguk di air yang keruh kerana sebab-sebab peribadi atau kelompok

7. Keperluan institusi keluarga, masjid dan sekolah dimanfaatkan bagi menyampaikan kesedaran kepada semua pihak, dengan kerjasama semua pihak: kerajaan, NGO, media, para pendidik dan seterusnya.

Wallahu a’lam.

Sekadar Renungan dan ilmiah

Peranan ulamak dlm dunia persilatan

BARANGKALI perbicaraan yang menyentuh secara langsung tentang persilatan adalah masih sangat langka. Keterlibatan penulis dalam membicarakan perkara persilatan ini juga amat sedikit berbanding penulisan-penulisan selainnya.

Oleh itu, kelemahan-kelemahan dalam perbicaraan ini rasanya sangat banyak, apatah lagi dunia persilatan hanyalah penulis kenali sewaktu masih kanak-kanak dan ditinggalkan begitu lama, sejak tahun 1960-an.

Jenis-jenis silat memang banyak penulis ketahui, namun penulis bukanlah seorang pelajar mengenai bidang itu secara tekun tetapi hanyalah sebagai pemerhati saja. Di antara silat-silat yang penulis ketahui ialah Silat Pengian, Silat Kuntau, Silat Harimau, Silat Buton Kalidupa, Silat Bugis Bone, Silat Sinding, Silat Pukul Tujuh, Silat Minangkabau, Silat Cekak, Silat Gayung, Silat Gayung Patani, Silat Abjad dan Al-Mu'azat.

Peranan ulama dalam silat hanya dapat penulis tonjolkan kepada pemikiran Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan keterlibatan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dalam jihad fi sabilillah.

Kedua-dua ulama besar yang sangat terkenal itu dipercayai menggunakan 'senjata' qalam untuk mengajar umat Melayu dna juga senjata pedang unutk perjuangan di medan jihad fi sabilillah demi mempertahankan kesucian Islam dan watan daripada penjajah.

Jika kita anggap ilmu silat adalah untuk mempertahankan diri peribadi, jihad pula adalah mempertahankan Islam dan tanah air.

Jadi kedua-dua ulama kita itu adalah lebih agung, kerana banyak jenis silat yang dikuasainya. Yang dimaksudkan di sini ialah:

*silat menggunakan qalam/pena,

*silat kalam/lidah,

*silat menggunakan siasah/politik, dan lain-lain termasuklah

*silat ketangkasan di medan juang yang sebahagiannya dijadikan sebagai satu cadang seni atau budaya.

Pelajaran silat dalam Kerajaan Pontianak

Tidaklah janggal pada kesempatan ini penulis mulakan petikan mengenai silat yang termaktub dalam sebuah manuskrip "Syair Kerajaan Pontianak".

Kerajaan Pontianak (Indonesia) memang bukan dalam Malaysia, tetapi adalah sebuah kerajaan Melayu yang didirikan oleh Syarif Abdur Rahman bin Habib Husein al-Qadri yang direstui dan dirasmikan oleh pahlawan Melayu-Bugis, Raja Haji bin Upu Daeng Celak.

Raja Haji pula adalah seorang pahlawan Melayu agung sesudah Hang Tuah, kerana hampir keseluruhan negeri-negeri Melayu pernah dikunjunginya. Akhir riwayat Raja Haji gugur sebagai syahid fi sabilillah di Teluk Ketapang, Melaka.

Syair Kerajaan Pontianak ditulis beberapa tahun setelah berdirinya Kerajaan Melayu-Islam Pontianak, dalam petikan tersebut juga jelas mencerminkan minat dan kesungguhan Sultan Syarif Abdur Rahman bin Habib Husein al-Qadri terhadap seni dan budaya silat. Untuk lebih jelas dan merupakan dokumen sejarah persilatan Melayu, Bab Silat dalam Syair Kerajaan Pontianak penulis sebutkan beberapa petikan awal darinya, iaitu:

Setelah sudah berperi-peri,

baginda berangkat lalu berdiri

Panggilkan Mat Raiyat suruh ke mari,

serta dengan Wan Bakari.

Wan Ahmad, Wan Bakar datanglah sudah,

kepada baginda tunduk menyembah

Dengan segeranya baginda bertitah,

Adalah sedikit hendak diperintah.

Baginda tersenyum seraya berkata,

Jikalau suka rasanya cita

Tuan-tuan yang muda ajarkan kita,

diajarkan silat bermain senjata.

Tuan ajarkan padan-padan,

boleh dilihat usulnya badan

Bagaimana di dalam contoh teladan,

yang mana patut main di medan.

*Tulisan Sheikh Daud Abdullah Al-Fathani mengenai jihad dalam Islam

Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah ulama besar dunia Melayu yang terlibat langsung bersama-sama Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dalam medan jihad melawan pencerobohan Siam di bumi Patani Darus Salam.

Tulisan-tulisan beliau mengenai hukum jihad telah penulis perkenalkan dalam penulisan-penulisan sebelum ini, di mana jelas menggambarkan bahawa Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah seorang ulama pejuang Islam sebenar dan sejati serta bertanggungjawab terhadap ummah dan watan Melayu daripada segala macam bentuk penjajahan kuffar.

Sebagai tambahan, di sini penulis petik pula pandangan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani tentang jihad yang beliau tulis dalam kitab Bughyat at-Thullab.

Transliterasi selengkapnya ialah: "Dan setengah daripadanya, perang sabil bagi kuffar, yakni wajib bagi Imam itu pergi perang kepada negeri mereka itu, maka iaitu fardu kifayah dengan ijmak. Atau Naib Imam pergi dengan tentera kerana perang bagi mereka itu.

"Atau diperbaiki akan kota yang antaranya dan antara negeri mereka itu, serta diteguhkan dia, dan ditaruhkan senjatanya, dan orang yang menunggu padanya sekira-kira memadai melawan akan mereka itu. Maka hendaklah diperbuat akan salah suatu daripada keduanya maka gugurlah fardu kifayahnya. Ini jika tiada mereka itu datang kepada negeri kita.

"Maka jika datang ia kepada negeri Islam maka jadilah fardu ain atas tiap-tiap seorang daripada negeri yang ia masuk itu, hingga perempuan dan sahaya orang ... " (Bughyat at-Thullab, jilid 1, hlm. 95).

Ulasan dan pandangan, daripada kalimatnya "Maka jika datang ia kepada negeri Islam ... " dapat kita bandingkan peristiwa penjajahan bangsa Barat-Belanda dan Inggeris di dunia Melayu pada zaman Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dengan peristiwa Amerika, pengganas terbesar dunia, yang telah menjajah Afghanistan dan Iraq.

Sebagaimana telah disebutkan bahawa Belanda dan Inggeris telah menjajah dunia Melayu, perlu pula dinyatakan di sini bahawa Patani juga tidak terlepas daripada dijajah, bukan oleh bangsa Barat tetapi oleh Siam. Semua penjajah yang tersebut adalah bukan agama Islam kerana mereka telah menjajah negeri Islam.

Oleh itu, menurut Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani pada sambungan kalimat di atas bahawa "jadilah fardu ain atas tiap-tiap seorang daripada negeri yang ia masuk itu, hingga perempuan dan sahaya orang ..." berperang atau jihad terhadap mereka. Bangsa-bangsa yang telah menjajah dunia Melayu, adalah bukan beragama Islam.

Oleh itu fenomena yang berlaku sekarang, tuduhan umat Islam sebagai pengganas adalah tidak berasas sama sekali, kerana tidak terdapat dalam sejarah bahawa bangsa-bangsa yang beragama Islam datang menjadi penjajah di dunia Melayu.

Sebenarnya bangsa-bangsa penjajah itulah yang layak dilabelkan sebagai pengganas atau terrorist atau penzalim. Gelaran tersebut terdapat dua golongan yang sedang bermusuhan, yang pertama ialah pengganas yang sedang berkuasa (pemerintah) dan yang kedua ialah pengganas yang tidak berkuasa (rakyat).

Perjuangan jihad yang pernah dilakukan oleh ulama kita seperti Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, dan lain-lain tidak dapat disamakan dengan kedua-dua golongan pengganas yang tersebut di atas, kerana jihad Islam adalah cukup jelas berdasarkan perintah daripada Allah dan para Rasul-Nya. Siapa saja yang berjihad menurut perintah Allah dan Rasul-Nya adalah benar, tidak terdapat keraguan di dalamnya.

Oleh itu, wajib dipertahankan kebenaran dan kesuciannya daripada pentafsiran-pentafsiran yang tidak betul disusun demikian rapi oleh pihak-pihak tertentu yang telah merasa lazat makanan dan minuman segar tetapi beracun yang mereka peroleh dari musuh-musuh Islam.

Mengenai membuat persiapan sebagai benteng pertahanan dapat kita ketahui dari kalimat beliau, "Atau diperbaiki akan kota yang antaranya dan antara negeri mereka itu, serta diteguhkan dia ...".

Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani menyentuh pula tentang persiapan persenjataan dengan sambungan kalimatnya "dan ditaruhkan senjatanya" maksudnya bahawa dalam benteng pertahanan perlulah ada tersimpan persenjataan yang cukup dan siap digunakan apabila diperlukan.

Patriotik bangsa adalah sangat diperlukan, yang beliau gambarkan pada sambungan kalimatnya "dan orang yang menunggu padanya sekira-kira memadai melawan akan mereka itu". Kalimat ini dapat dihubungkaitkan dengan "ilmu silat" kerana orang Melayu yang sanggup melawan musuh pada zaman itu perlu mempunyai ketangkasan.

Ketangkasan dalam bentuk fizik adalah mempelajari ilmu silat. Dan tidak dapat dinafikan diperlukan "kekuatan dalaman" atau "mental" atau "rohani". Baik Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani mahu pun Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga pernah mengijazahkan wirid-wirid pertahanan diri untuk menghadapi musuh dalam peperangan.

Wirid pertahanan diri Sheikh Abdus Shamad Al-Falimbani

Untuk memantapkan keyakinan diri menghadapi jihad, dalam karyanya berjudul Mulhik fi Bayanil Fawa'id an-Nafi'ah fil Jihadi fi Sabilillah atau judul terjemahan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani sendiri iaitu "Suatu Perhubungan Pada Menyatakan Akan Beberapa Faedah Di Dalam Perang Sabilillah", beliau membahagi dalam risalah tersebut kepada empat bahagian, iaitu:

lFaedah Yang Pertama Pada Menyatakan Ayat Quran Yang Jadi 'Azimat Yang Manfaat Di Dalam Perang Sabilillah, Dan Peliharaan Yang Menegahkan Daripada Kejahatan Orang Kafir.

lFaedah Yang Kedua Pada Menyatakan Doa Yang Manfaat Di Dalam Perang Sabilillah Dan Lainnya.

lFaedah Yang Ketiga Pada Menyatakan Doa Yang Membinasakan Bagi Segala Seteru, Dan Bagi Sejahtera Daripada Kejahatan Seteru.

lFaedah Yang Keempat Pada Menyatakan Doa Membinasakan Seteru, Dan Segala Kafir, Dan Bagi Sejahtera Daripada Kejahatan Mereka Itu.

Salah satu amalan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani pernah diterima oleh pahlawan Mat Kilau. Mengenai ini termaktub dalam Kitab Mat Kilau, cetakan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, 1970, hlm. 23, iaitu "Ini doa diambil daripada Sheikh Abdus Shamad Palembang, siapa yang mengamalkan doa ini nescaya tidak mengenai padanya pedang, atau panah, atau segala rupa kejahatan dari seteru ... "Yang disebut dalam Kitab Mat Kilau itu memang termaktub dalam karya Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani tersebut yang beliau tempatkan pada Faedah Yang Kedua.

Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani telah menterjemahkan wirid untuk perang itu daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu. Dalam empat buah karangan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga membicarakan wirid yang sama, di antaranya dalam kitab Mun-yat al-Mushalli. Selengkapnya lihat Mun-yat al-Mushalli yang telah penulis transliterasi (lihat terbitan Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1424 H/2003 M hlm. 96-98).

Walau bagaimanapun, tidak terdapat terjemahan wirid itu oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani seperti yang dilakukan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani. Perlu juga penulis sentuh di sini bahawa dalam terjemahan wirid Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani tersebut ada hubungkait dengan persilatan. Bahawa ilmu silat yang pernah penulis pelajari adalah melalui tiga jalan, iaitu:

*Belajar secara fizik di gelanggang.

*Belajar wirid-wirid yang boleh mendatang gerak dengan sendirinya.

*Mengabungkan pelajaran fizik dan wirid.

Pada Faedah Yang Keempat wirid Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani terdapat satu doa yang sama dengan yang diamalkan dalam Silat Al-Mu'azat. Walaupun dalam Silat Al-Mu'azat tidak mempelajari gerak fizik, tetapi apabila mengamalkan wirid, maka gerak fizik akan datang dengan sendirinya.

Silat Al-Mu'azat pernah dikembangkan di Johor oleh Raja Haji Muhammad Yunus Ahmad dalam tahun 1970-an. Wirid yang diamalkan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, yang sama dengan amalan dalam Silat Al-Mu'azat itu, lebih lengkap ditulis oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam kitab Ward az-Zawahir (lihat hlm. 189).

Kesimpulan dan penutup

Dari semua yang telah dibicarakan di atas penulis berpendapat bahawa:

lSeni dan budaya persilatan diajarkan dalam dua bentuk, iaitu dalam gerak fizik dan kerohanian.

lIlmu persilatan yang menggunakan wirid, hizib, doa, dan yang sejenis dengannya adalah berasal dari ajaran Islam yang benar. Sebaliknya tidak dapat dinafikan terdapat juga yang menggunakan mantera, jampi, serapah, dan yang sejenis dengannya. Mengenai ini sukar dijejaki sumber-sumber asal hingga ke atasnya. Oleh itu, ada yang boleh diamal dan digunakan. Sebaliknya ada pula yang mengandungi unsur khurafat yang menjerumuskan ke arah syirik yang bertentangan dengan akidah Islam.

lUlama-ulama Nusantara yang terlibat dalam jihad fi sabilillah mempunyai asas ilmu menggunakan senjata. Mereka memiliki ilmu ketahanan diri yang bersambung dari satu guru ke satu guru hingga sampai kepada pahlawan-pahlawan Islam terdahulu bahkan sumber amalan ada yang berasal dari Rasulullah SAW sendiri.

lUlama-ulama Nusantara yang melakukan jihad fi sabilillah demi untuk memperjuangkan Islam dan mempertahankan negeri-negeri Melayu dari dijajah oleh bangsa yang bukan Islam adalah wajib diteruskan secara bersambung dari satu generasi ke generasi yang berikutnya.

Sekianlah yang dapat disampaikan pada ruangan kali ini, mudah-mudah kita dapat menghidupkan seni dan budaya yang dibenarkan syarak dan mengetepikan apa saja seni dan budaya yang bertentangan dengan syarak.

Mudah-mudahan hanya pemikiran ulama yang betul saja yang menjadi ikutan dan pemikiran yang tiada betul walau dari siapa pun datangnya supaya dihindari oleh-Nya.

Petikan dari karangan Tuan Guru Hj wan Soghir B Wan Abdullah khazanah Fatoniah K.Lumpur(cucu kpd Al-Alim Al alamah Sheikh Ahmad B Sheikh Mohd Zain AlFatoni)

PENGARAH URUSAN AL-YUNUSI MEDIA

PENGARAH URUSAN AL-YUNUSI MEDIA

ABJAD SG BULOH

ABJAD SG BULOH